Seorang budak nakal disuruh oleh bapanya supaya menjaga sekawan biri-biri.
"Hari ini, ayah hendak pergi ke kebun. Kamu tolong jaga biri-biri. Bawa biri-biri itu pergi makan rumput di padang," kata bapanya.Budak nakal itu membawa biri-biri tersebut ke padang. Dia malas hendak mengembala biri-biri itu.
Apabila tiba di padang, timbul niat dalam hatinya hendak memperolok-olokkan orang kampung. "Tolong! Tolong! Serigala hendak makan biri-biri saya," dia menjerit dengan sekuat hati. Beberapa orang kampung datang untuk memberikan pertolongan. "Saya hanya olok-olok sahaja," kata budak nakal itu lagi.
Orang kampung segera pulang
"Ha! Ha! Ha!" budak nakal itu ketawa. Tidak lama kemudian, mereka mendengar budak nakal itu menjerit meminta pertolongan sekali lagi. Mereka segera datang. Tetapi rupa-rupanya budak nakal itu berolok-olok sekali lagi.
Mereka pun terus pulang. Sejurus selepas itu, seekor serigala datang.
Budak nakal itu menjerit-jerit meminta pertolongan. Tetapi orang kampung tidak datang lagi. Mereka menyangka budak nakal itu hanyalah berolok-olok sahaja.
Budak nakal itu berasa sangat menyesal. Beberapa ekor biri-birinya mati dibaham serigala. Itulah akibat jika suka berolok-olok. NILAI MURNI
Jangan sekali-kali cuba bercakap bohong. Walaupun sekali sahaja kita berbohong, orang tidak akan percaya lagi untuk selama-lamanya.
Jikalau kita selalu bercakap benar, kita akan sentiasa dipercayai dan dipandang mulia.
No comments:
Post a Comment